Pages

8 Tempat Makan Sedap di Terengganu

Apabila kita sebut mengenai Terengganu mesti tidak lekang dengan Keropok Lekor, Songket, Penyu dan Pantainya yang cantik dan indah.

Namun ramai yang tidak tahu di Terengganu juga terdapat banyak tempat makan yang sedap dan menarik untuk dilawati.

Berikut kami senaraikan 8 tempat makan sedap dan menarik di Terengganu.

1. Rex Nasi Padang Sumatera




Rex Nasi Padang Sumatera merupakan salah satu kedai nasi padang yang terkenal di Kuala Terengganu. Boleh dikatakan hampir semua penduduk bandar mengenali kedai ini. Restoran ini telah beroperasi semenjak tahun 1969 lagi.

Restoran ini sememangnya menjadi destinasi utama makan tengah hari bagi penduduk tempatan dan juga pelancong luar.

Makanan wajib try: Rendang Daging, Daging Cincang, Daging Salai, Ayam Salai






Terdapat pelbagai aneka pilihan lauk-pauk makanan tengah hari yang mereka sediakan. Apa yang menariknya adalah Rex Nasi Padang Sumatera menggabungkan selera Padang, Indonesia dengan selera orang Terengganu.

Bagi mereka yang minat ulam-ulaman dan budu, restoran ini turut menyediakan pelbagai jenis ulaman dimana boleh dikatakan agak banyak pilihan berbanding di tempat lain.








Lokasi: Belakang SK Paya Bunga, Jalan Tok Lam, Kuala Terenganu.
Waze: Rex Nasi Padang Sumatera
Instagram: https://www.instagram.com/rex_nasipadang/
Whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=+60108888274

2. Warung Pak Nong



Siapa tak kenal Warung Pak Nong, kedai yang terkenal dengan ikan celup tepung (ICT). Kedai ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong sekiranya datang ke Terengganu.

Lokasinya yang terletak di tepi pantai membuatkan pelanggan dapat merasa suasana santai semasa menjamu selera makan laut.

Makanan wajib try: Ikan celup tepung, Sotong celup tepung




Lokasi: Pantai Mengabang Telipot

3. Nasi Dagang Kak Pah




Terengganu memang terkenal dengan Nasi Dagang sejak zaman berzaman. Adalah amat merugikan sekiranya tidak makan nasi dagang sekiranya datang ke Terengganu.


Gerai Kak Pah Nasi Dagang terletak di Medan Selera Batu Burok dimana berdekatan dengan Pantai Batu Burok. Lepas makan nanti boleh lepak di pantai pula!

Makanan wajib try: Nasi Dagang

Lokasi: Medan Selera Batu Burok

4. Kak Yah Keropok Lekor Losong



Tak sah kalau datang ke Terengganu kalau tak beli keropok. Kampung Losong sememangnya terkenal dengan keropok lekor dan sering menjadi kawasan tumpuan bagi para pelancong bagi membeli pelbagai jenis keropok lekor.

Di Kampung Losong, kedai keropok yang paling terkenal adalah Kak Yah Keropok Lekor, pernah masuk dalam TV beberapa kali. Rasa yang sedap dan bahan mentah yang berkualiti menjadikan keropok Kak Yah pilihan utama para pelancong.



Makanan wajib try: Keropok Rebus, Keropok Goreng, Keropok Keping

Lokasi: Kampung Losong

5. Burger Sotong Cheese Terengganu. 




Biasa kita dengar orang jual burger daging bakar. Disebabkan Terengganu terkenal dengan makanan laut yang segar, mereka ganti patty daging dengan mengguna Sotong. 

Bukan sotong biasa, tapi sotong segar dari laut.

Makanan wajib try: Burger Sotong



Lokasi: Jalan Kuala Berang (Berhampiran BITARA)

6. D'Ganu Cafe Steamboat




Bagi penggemar steamboat, anda boleh mencuba steamboat di restoran ini yang terletak di Pulau Duyung. 

Restoran ini terletak di tepi laut menjadikan pemandangannya sangat indah terutama pada waktu malam dengan angin laut yang sempoi-sempoi bahasa.

Makanan wajib try: Steamboat


Lokasi: Pulau Duyung

7. Nasi Padang Mei Fikri


Selain Rex Nasi Padang Sumatera (No.1 tadi), Restoran Nasi Padang Mei Fikri juga popular di Terengganu.

Makanan wajib try: Ayam Kalio, Perut Kalio


Lokasi: Depan SMKA Khairiah, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu

8. Kambing Bakar Guangzhou


Bagi peminat kambing bakar pula. Tempat ini amat sesuai untuk anda lawati semasa di Terengganu.





Makanan wajib try: Kambing Bakar, Sotong Bakar

Lokasi: Gong Badak, Kuala Terengganu


Rin Mansor

One of the three bored guys from the facebook page '9GAG Malaysia' decided to step into the world of blogging with Rojak Buah.com. We would blog about funny memes, viral stories, tech, games, and everything that we find interesting. Hopefully you enjoy our content, because heck yeah we enjoy making them.

No comments:

Post a Comment