Pages

The International 7: Pasukan Liquid Muncul Sebagai Juara dan Bawa Pulang 10 JUTA USD



Pasukan Liquid telah berjaya memenangi pertandingan Dota 2 dan membawa pulang hadiah sebanyak 10,800,000 USD (RM 46,429,200) selepas menewaskan pasukan Newbee 3-0

The International adalah satu pertandingan Dota 2 yang paling besar diadakan secara tahunan. Setiap tahun jumlah hadiah yang ditawarkan juga sentiasa meningkat. Pada tahun ini jumlah keseluruhan hadiah The International 7 berjaya mencecah 24 Juta USD (RM103 Juta).

Pasukan Liquid terdiri daripada lima orang pemain iaitu Lasse Urpalainen (MATUMBAMAN) dari Finland, Amer Al-Barkawi (Miracle) dari Jordan, Ivan Borislavov (MinD_ContRoL) dari Bulgaria, Maroun Merhej (GH) dari Lebanon, dan Kapten pasukan ini iaitu KuroKy (Kuro Salehi)
dari Jerman.



Sumber : LiquidPedia & Wykrhm Reddy

Founder Rojak Buah

One of the three bored guys from the facebook page '9GAG Malaysia' decided to step into the world of blogging with Rojak Buah.com. We would blog about funny memes, viral stories, tech, games, and everything that we find interesting. Hopefully you enjoy our content, because heck yeah we enjoy making them.

No comments:

Post a Comment