Pages

Android O Telah Dinamakan Secara Rasmi Sebagai Android 8.0 Oreo



Teka-teki nama Android 8.0 kini telah terjawab apabila Google telah mengumumkan Android O sebagai Android Oreo. Sudah menjadi tradisi bagi pihak Google dalam menamakan android menggunakan nama makanan terutamanya makanan manis.



Jika sebelum ini, Android 7.0 dinamakan Nougat, 6.0 dinamakan Marshmallow dan 5.0 dinamakan Lolipop.



Antara spesifikasi baru bagi Android Oreo, termasuk Picture-in Picture (kebolehan untuk multi-window), Notification Channels (untuk menguruskan perangai notifikasi), Autofill Framework ( untuk memudahkan urusan log masuk atau mengisi borang kad kredit), dan banyak lagi.


Statistik terbaru menunjukkan bahawa majoriti pengguna Android masih lagi menggunakan Android versi 6.0 Marshmallow. Manakala masih ramai lagi yang belum dapat kemaskini Android Nougat 7.0 . Agak-agaknya bila korang dapat kemaskini Android Oreo ?



Spoiler untuk android seterusnya..
















Sumber: developer.android.com & The Verge

Rin Mansor

One of the three bored guys from the facebook page '9GAG Malaysia' decided to step into the world of blogging with Rojak Buah.com. We would blog about funny memes, viral stories, tech, games, and everything that we find interesting. Hopefully you enjoy our content, because heck yeah we enjoy making them.

No comments:

Post a Comment