Pages

iPhone 7 Plus Mempunyai 3GB RAM, Bateri 2900mAh


Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus telah mula dijual di Amerika, dan walaupun ramai pembeli yang ingin tahu mengenai spesifikasi teknikal sesuatu telefon sebelum membelinya, Apple kebiasaannya tidak begitu terbuka mengenai spesifikasi teknikal iPhone mereka.

Begitu banyak persoalan mengenai kapasiti bateri dan RAM yang ada di dalam iPhone terbaru ini, jadi pakar bedah telefon pintar dari iFixit telah membuka segala pemasangan pada iPhone 7 Plus untuk melihat isi perutnya.

Jawapannya; bateri di dalam iPhone 7 Plus ialah unit 2900 mAh, jauh lebih besar daripada adik kecilnya, iPhone 7 yang hanya mempunyai unit 1960 mAh. Penemuan seterusnya berkaitan dengan jumlah RAM di dalam iPhone 7 Plus; ia menggunakan LPDDR4 RAM berkapasiti 3GB.

BATERI: 2,900mAh
RAM: 3GB

Nampaknya iphone 7 Plus ini sudah menghampiri hardware kebanyakan telefon pintar Android. Adakah ini bermakna iPhone dengan sistem operasi iOS yang terkini akan memerlukan lebih banyak kuasa pemprosesan dan bateri seperti sistem operasi Android?

sumber: iFixit

Founder Rojak Buah

One of the three bored guys from the facebook page '9GAG Malaysia' decided to step into the world of blogging with Rojak Buah.com. We would blog about funny memes, viral stories, tech, games, and everything that we find interesting. Hopefully you enjoy our content, because heck yeah we enjoy making them.

No comments:

Post a Comment